Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghidupkan peluang ke separuh akhir Final Jelajah Dunia BWF berbekalkan kemenangan ke atas wakil Taiwan, Chiu Hsiang-chieh-Wang Chi-lin, sebentar tadi.
Mereka mengorak kemenangan pertama dalam kempen Kumpulan A itu dengan kemenangan 21-18, 21-19 di Hangzhou selepas tumbang kepada Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani (Indonesia) semalam.
Advertisement
Mereka perlu melepasi halangan jaguh Korea Selatan, Won-ho-Seo Seung-jae, esok untuk melolosi peringkat kumpulan.