Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, yang sudah mengesahkan slot ke separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 tewas kepada wakil China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, sebenar tadi.
Wakil negara yang sudah melakar dua kemenangan sebelum ini tewas menerusi aksi straight set, 18-21,24-26, dalam tempoh 53 minit permainan dalam saingan peringkat Kumpulan B.
Advertisement
Pertarungan di Hangzhou, China itu bermula sengit antara kedua-dua pasukan, dalam awal set pertama menyaksikan gandingan The Little Gangsters itu memberikan saingan sengit kepada wakil tuan rumah sebelum terpaksa akur tewas 18-21.
Wakil negara yang turun selaku pilihan ketiga kejohanan itu kembali memperkemaskan corak permainan untuk mengikat lawan 12-12, namun beberapa kesilapan saat akhir menghukum misi mereka untuk mengheret pasukan lawan ke set penentuan meskipun sudah memberikan aksi terbaik dan tewas 24-26.