Skip to main content

Sukan SEA

Final Jelajah Dunia BWF: Gandingan Soon Huat-Shevon terlepas peluang ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Final Jelajah Dunia BWF: Gandingan Soon Huat-Shevon terlepas peluang ke separuh akhir

Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, mempamerkan corak permainan yang cukup berkualiti sebelum terpaksa akur dengan kekalahan di tangan wakil tuan rumah, China, sebentar tadi.

Shenzhen Arena menjadi saksi Soon Huat-Shevon turun ke gelanggang dalam usaha untuk membawa cabaran ke peringkat seterusnya.

Advertisement

Bertemu pasangan pilihan yang juga tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, gandingan negara berjaya melakar kejutan apabila menang set pertama 25-23.

Skrip berbeza berlaku dalam set kedua, wakil China meningkatkan corak permainan memastikan permainan diheret ke set penentuan menerusi kemenangan 21-11.

Permainan Soon Huat-Shevon semakin sukar dibaca lawan, dengan beberapa mata demi mata yang berjaya dikumpul sehingga menghampiri kemenangan dengan mendahului 20-17.

Namun, Yan Zhe-Dong Ping menggunakan pengalaman beraksi di saat getir sebelum hingga berjaya memastikan kemenangan 22-20.

Kekalahan itu menyaksikan cabaran Soon Huat-Shevon di pentas Jelajah Dunia kali ini berakhir.

Must Watch Video