Skip to main content

Badminton

Final Jelajah Dunia BWF: Gandingan Indonesia singkir Soon Huat-Shevon Lai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shevon

Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, tersingkir selepas tewas dalam tiga perlawanan peringkat Kumpulan B, Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Hangzhou, China, sebentar tadi.

Gandingan dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu, menewaskan wakil negara itu menerusi aksi rubber set, 21-17,21-17, dalam tempoh 34 minit. Malah, mengekalkan rekod pertemuan 3-0 buat Jafar-Pasaribu.

Advertisement

Soon Huat-Shevon Lai memberikan saingan sengit dalam set pertama namun tidak cukup menandingi Jafar-Pasaribu yang kemas untuk tewas 17-21.

 

 

 

Momentum itu diteruskan wakil Indonesia dalam set kedua yang menang 21-17 juga sekali gus menoktahkan perjalanan wakil negara yang bergelut mempamerkan aksi terbaik mereka di Hangzhou.
 

Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu dan wakil negara itu secara rasmi tersingkir selepas menghuni kedudukan dua terbawah dalam kempen Kumpulan B.

Terdahulu, mereka tewas kepada rakan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dalam aksi pembukaan sebelum tumbang kali kedua kepada wakil tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, yang merupakan pilihan kedua kejohanan itu.

Must Watch Video