Skip to main content

Badminton

Final Jelajah Dunia BWF: Gandingan China tangguh Aaron Chia-Soh Wooi Yik jamin tiket separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, memerlukan aksi terakhir Kumpulan B untuk mengatur langkah seterusnya dalam Final Jelajah Dunia BWF.

Mereka perlu berdepan gandingan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, esok untuk mengintai peluang ke separuh akhir di Hangzhou.

Advertisement

Selepas langkah kanan bersandarkan kemenangan 2-1 ke atas Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri (Indonesia), rentak itu tidak dapat diteruskan apabila beregu China, Liang Weikeng-Wang Chang -- yang kecundang dalam aksi pembukaan semalam -- kembali menghidupkan peluang dengan kemenangan straight set, sebentar tadi.

Aaron-Wooi Yik agak berhati-hati pada awal permainan yang mengundang kekalahan set permainan 14-21.

Sebaliknya, kelebihan awal yang dicipta Aaron-Wooi Yik dalam set kedua gagal dipertahankan dengan beberapa rali menarik menjadi santapan penonton.

Biarpun berjuang hebat, kekentalan Weikeng-Wang Chang menafikan sebarang usaha kebangkitan yang dicipta oleh wakil Malaysia itu untuk kekalahan 18-21. 

Must Watch Video