Skip to main content

Sukan SEA

Final Jelajah Dunia BWF: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tumbang, cabaran Malaysia berakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Tang Jie - Ee Wei

Cabaran Malaysia dalam Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF berakhir di peringkat separuh akhir apabila beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tewas kepada gandingan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, di Hangzhou sebentar tadi.

Turun selaku pilihan ketiga, gandingan negara itu mempamerkan penguasaan penuh dalam set pertama untuk menang mudah 21-9.

Advertisement

Bagaimanapun, siri kesilapan yang dilakukan mereka sejak dari awal permainan menyaksikan Tang Jie-Ee Wei membenarkan lawan merampas set kedua gara-gara kekalahan 11-21.

Dan rentak sumbang itu berlarutan sehingga ke set penentuan untuk Tang Jie dan Ee Wei akur gagal mengulangi pencapaian layak ke final tahun lalu berikutan kekalahan 7-21 selepas hampir sejam pertarungan.

Dengan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah, turut tewas dalam aksi lebih awal, tiada sebarang wakil negara layak ke penentuan gelaran esok.

 

Must Watch Video