Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

Final Jelajah Dunia BWF: Beregu Korea Selatan sebenarnya nyaris tarik diri sebelum bergelar juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Jaguh beregu lelaki dunia dari Korea Selatan, Kim Won-ho/Seo Seung-jae, mendedahkan kepayahan mereka dalam meniti kejayaan dalam Final Jelajah Dunia BWF yang secara tidak langsung melengkapkan musim bergaya mereka dengan 11 kejuaraan.

Begitupun, Seung-jae menjelaskan pencapaian gemilang mereka tidak hadir dengan bergolek malah dalam saingan penutup musim ini di Hangzhou, kelmarin, Won-ho sebenarnya diduga masalah kecederaan hingga tidak mampu untuk berlatih.

Advertisement

"Kami sempat mempertimbangkan untuk menarik diri daripada kejohanan ini.

"Tetapi saya tidak mahu berputus asa kerana ia merupakan kejohanan terakhir kami tahun ini. Saya bimbang jika cedera parah, maka saya akan terlepas semua saingan pada musim depan.

"Tetapi saya pasti akan sangat kecewa jika menarik diri," kata Won-ho.

Dalam masa sama, Seung-jae pula sedia menampung kepincangan itu memandangkan sepanjang tahun ini, gandingannya tersebut turut melakukan hal yang sama atas tuntutan situasi.

"Sejujurnya, saya tidak mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap gelaran ini.

 


"Tetapi kami hanya fokus menghadapi satu persatu perlawanan sebelum kami berpeluang memenangi gelaran.

"Kemudian kami mampu memanfaatkan peluang terhidang," katanya pula.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video