Skip to main content

Permotoran

FIM ARRC: Dunlop tawar ganjaran rekod terpantas pusingan

ARRC

Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing, Ron Hogg, memperkenalkan anugerah baru buat pelumba dengan kerjasama jenama tayar terkemuka dalam usaha memberi galakan kepada semua pelumba untuk mencabar diri hingga ke prestasi optimum.

Pelumba berpeluang meraih 1 juta yen bersamaan dengan hampir RM25,000 jika mereka berjaya memecah rekod pusingan sedia ada di semua pusingan FIM Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2026.

Advertisement

Ia secara tidak langsung sebagai langkah dalam menawarkan hiburan berterusan kepada semua peminat.

"Kejuaraan ini menarik lebih 90 pelumba dari 18 negara Asia.

"Saya pasti dalam setiap kelas saingan cukup sengit, lebih-lebih lagi dalam kelas ASB1000.

"Kerjasama kami dengan Dunlop untuk menawarkan hadiah bernilai 1 juta Yen untuk rekod terpantas pusingan.

"Kami mahu memastikan pelumba sentiasa memberikan 100 seratus dan dengan insentif ini dengan harapan akan ada rekod terpantas pusingan dalam setiap perlumbaan," katanya.

 

 

Must Watch Video