Disebalik kemenangan bergaya dalam aksi pusingan pertama kejuaraan FIM Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2026 yang membuka tirainya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah, nampaknya perlu membayar harga kemenangan itu dengan agak mahal apabila dikenakan denda USD500 (RM1,900) serta satu long lap penalty di pusingan berikutnya.
Ia susulan tindakan pelumba Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing itu hampir menyebabkan pelanggaran di garisan penamat dalam perlumbaan 2 selepas memperlahankan jenteranya secara mengejut.
Advertisement
Ia hampir menyebabkan pelumba Indonesia iaitu rakan sepasukan, Andi Farid Izdihar, hampir melanggarnya ketika sedang memecut ke garisan penamat.
Susulan insiden tersebut, Race Direction memutuskan Hafizh melanggar peraturan Artikel 1.21.18 dan Artikel 1.21.2.3, lalu dikenakan denda serta penalti Long Lap untuk perlumbaan seterusnya.
ARRC turut mengingatkan semua pelumba agar sentiasa mengutamakan keselamatan di litar tanpa mengira apa jua keadaan.