Dua pemenang bertuah Happy Bag bersempena pusingan pertama FIM Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam berjaya membawa pulang motosikal berjenama!
Tahniah diucapkan kepada Mohamad Danial Iman Md Hafiz dan Yuni Pujiati kerana memenangi sebuah motosikal Honda RSX150 dan sebuah motosikal Yamaha Y15ZR.
Advertisement
Dengan bermodalkan RM65, anda akan mendapat baju edisi terhad ARRC Sepang, minyak pelincir motosikal Idemitsu IRG 7, minuman tenaga Red Bull, kalendar eksklusif ARRC dan satu kupon cabutan bertuah.