Skip to main content

Permotoran

FIM ARRC: Adam Norrodin cari penyelesaian lebih bertenaga keluar selekoh

ARRC

Pelumba negara, Adam Norrodin, menyasarkan podium dalam aksi pembukaan FIM Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang bermula pada Jumaat ini.

Berlumba atas tiket peluang khas, Pasukan AMI Suzuki Racing, pelumba 28 tahun itu berkongsi bahawa dia bakal menyertai empat perlumbaan sepanjang 2026.

Advertisement

Walaupun perkara itu masih lagi dalam perbincangan, namun dalam pada menanti kata putus pasukan, dia bersedia sepenuhnya andai diberikan peluang beraksi dengan fokus kini memperbaiki prestasi dari masa ke semasa.

"Kami bercadang untuk menyertai empat pusingan kejuaraan. Masih ada satu lagi aksi belum disahkan lagi dan kalau di Sepang, jadi lima pusingan.

"Maka kami akan terlepas satu pusingan berdasarkan perbincangan awal tapi apa juga boleh berlaku pada masa depan.

"Setelah berada dalam kelompok lima pelumba terbaik tahun lalu, kali ini saya menyasarkan podium pula," katanya.

Menjelang perlumbaan pusingan pertama FIM ARRC, Adam mengakui masih bergelut dengan jenteranya yang berdepan masalah kuasa selepas selekoh.

Dia tetap percaya kehebatan barisan mekaniknya mampu menyelesaikan masalah itu sebelum perlumbaan hujung minggu ini.

"Kami menggunakan bahan elektronik yang berbeza dari tahun lalu. Pasukan sudah mengusahakan sejak Januari lalu biarpun tidak banyak menguji trek.

"Dalam latihan 1 tadi saya mendapati saya kurang bertenaga ketika keluar selekoh dan saya harap ia boleh diselesaikan lebih awal," katanya lagi. 
 

Must Watch Video