Filipina kembali memintas kedudukan Harimau Malaya dalam senarai ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Berdasarkan kemaskini langsung di laman rasmi badan induk itu, Malaysia kini tergelincir ke tangga ke-138 dunia gara-gara penolakan 9.67 mata ranking selepas kekalahan 1-3 kepada Vietnam dalam aksi terakhir pusingan kelayakan Piala Dunia di laman lawan itu malam tadi.
Advertisement
Filipina dalam pada itu, melonjak satu anak tangga ke ranking ke-135 dunia hasil tambahan 3.14 mata sebaik mengikat pasukan di ranking ke-103 dunia, Tajikistan, dalam satu lahi aksi kelayakan.
Kejatuhan 17 anak tangga ranking Harimau Malaya kali ini turut didorong oleh pembatalan kemenangan dalam beberapa aksi kelayakan dan persahabatan gara-gara skandal pemalsuan dokumen pemain warisan.
Sebagai rekod, kali terakhir Filipina berada di ranking lebih tinggi berbanding Malaysia ialah ketika berada di ranking ke-132 dunia dan Malaysia di kedudukan ke134 dunia pada September 2023.