Skip to main content

Permotoran

Filem Terbang: Kebangkitan, kemerosotan dan masa depan rali Malaysia

Terbang

Ada satu era di mana Malaysia bukan sekadar penonton dalam sukan rali dunia kita adalah kuasa yang ditakuti.

Semuanya bermula dengan penubuhan Petronas EON Racing Team (PERT) pada 1987 gabungan antara Petronas, Proton dan Mitsubishi Ralliart yang melahirkan barisan kereta rali legenda seperti Proton Saga dan Iswara 4WD Turbo berkuasa lebih 400 kuasa kuda.

Nama besar yang mengetuai kejayaan ini ialah Karamjit Singh. Bermula dengan Saga 1.3 pada era 90-an, Karamjit naik pangkat menjadi Juara Asia-Pasifik dua tahun berturut-turut pada 2001 dan 2002 sebelum mencipta sejarah dunia dengan menjadi Juara FIA Production World Rally Championship (PWRC) pada 2002, satu-satunya pelumba Asia yang pernah mencapai tahap itu.

Kejayaan ini disambung oleh unit R3 Proton bermula 2003, dengan program Satria Neo S2000 menyapu bersih kesemua lapan gelaran utama Kejohanan Rali Asia-Pasifik FIA pada 2011, pencapaian yang tidak pernah dicapai mana-mana pembuat kereta lain dalam sejarah APRC.

Tetapi selepas 2011, tumpuan mula beralih. R3 memilih untuk fokus kepada perlumbaan litar domestik seperti Sepang 1,000 kilometer (km), dan sukan rali antarabangsa perlahan-lahan hilang sokongan korporat besar. Malah, sukan ini pernah sunyi sepenuhnya selama lima tahun sebelum cubaan kebangkitan semula pada 2024 menerusi karnival rali di Pahang.

Persoalannya sekarang, bolehkah Malaysia kembali ke kemuncak yang pernah dicapai Karamjit Singh dan pasukan PERT? Dengan minat generasi muda yang mula pulih dan usaha penganjuran acara baharu, harapan itu masih hidup.

Jom saksikan filem Terbang yang akan  disiarkan pada 17 September 2026.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video