Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkongsikan Ketua Pegawai Operasi FIFA, Kevin Lamour, telah meninggalkan organisasi itu selepas dia menjadi antara individu yang mengkritik rancangan Presiden, Gianni Infantino, untuk menjual pegangan hak komersial Piala Dunia kepada pelabur luar.
Lamour menyertai kumpulan kepimpinan kanan badan induk bola sepak dunia itu pada November 2024 selain mrupakan sebahagian individu dalaman yang berkempen untuk pemilihan Infantino sebagai presiden FIFA pada 2016.
"FIFA boleh mengesahkan bahawa hubungan kerja antara FIFA dan Kevin Lamour sebagai Ketua Pegawai Operasi FIFA telah berakhir pada 17 Ogos 2026.
🚨 FIFA COO Kevin Lamour has been sacked after speaking out against Gianni Infantino.
🗣️ FIFA spokesperson to @talkSPORT: “FIFA can confirm that the working relationship between FIFA and Kevin Lamour as FIFA’s Chief Operating Officer has ended on 17 August 2026.
“FIFA thanks… pic.twitter.com/ljHn1Cy4Nc— Ben Jacobs (@JacobsBen) August 17, 2026
"FIFA mengucapkan terima kasih kepada Kevin atas perkhidmatannya selama dua tahun dan mendoakan yang terbaik untuknya pada masa hadapan. Tiada komen lanjut akan dibuat mengenai perkara itu." kata jurucakap FIFA.
Terdahulu, Lamour, mengkritik cadangan Infantino itu dengan menjelaskan kakitangan FIFA seperti 'tertipu' mengenai rancangan yang melibatkan 'projek individu' itu.
"Misi kami adalah untuk berkhidmat untuk bola sepak, bukan untuk kepentingan peribadi seseorang yang, malangnya, percaya bahawa dia merangkumi FIFA sedangkan dia sepatutnya berkhidmat untuknya," jelas Lamour sebelum ini.