Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi amaran bahawa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan tersalah langkah sekiranya cuba menyingkirkan Gianni Infantino.
Semalam, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Kesatuan Bolasepak Amerika Utara, Tengah, dan Caribbean serta Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengeluarkan surat terbuka yang mendakwa Presiden FIFA telah menghancurkan kepercayaan yang diberikan 'melalui penipuan' berhubung cadangannya untuk menjual pegangan dalam hak komersial Piala Dunia yang kemudiannya dibatalkan.
“FIFA akan membuat kesilapan besar jika -- atas apa alasan sekalipun -- kerana mempertimbangkan untuk menggantikan Presiden, Gianni Infantino,” tulis Trump di laman sosial.
“Dia seorang yang hebat, dia baru sahaja mempengerusikan Piala Dunia paling berjaya yang pernah diadakan. Tanpanya, Piala Dunia tidak akan pernah berjaya atau menguntungkan lagi.”