Di kala penganjuran Piala Dunia hanya berbaki kurang daripada 3 bulan lagi, British Colombia Hotel Association berdepan masalah besar susulan keputusan FIFA membatalkan ribuan tempahan bilik hotel di sekitar bandaraya terlibat susulan keputusan untuk mengecilkan jumlah pekerja yang terlibat.
Dan perkara ini memberi tamparan hebat buat BCHA untuk menyusun kembali strategi bagi memastikan jumlah bilik hotel di sekitar bandaraya Vancouver dan Toronto kembali dapat sambutan dengan pembatalan tersebut memaksa harga bilik kini semakin meningkat.
Advertisement
Pembatalan hampir 70% bilik tersebut memaksa pihak BCHA mengemaskini harga baharu yang berkemungkinan tidak mesra poket menjelang penganjuran Piala Dunia pada jun ini.
Perkara ini mendatangkan kegusaran buat hotel-hotel di sekitar bandaraya terlibat biarpun pada awal pemilihan — Datuk Bandar Toronto dan Vancouver menjanjikan pulangan lumayan bagi sektor pelancongan.
Selain dua bandaraya di Kanada, turut terkesan dengan situasi ini ialah bandaraya di Amerika Syarikat seperti Boston dan Philadelphia.