Sekali pandang, pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa Keely Hodgkinson turun ke trek dengan pakaian serba hitam yang menutupi hampir keseluruhan tubuhnya hingga ke kepala. Mungkin yang tidak mengenalinya juga pasti ingat seorang Muslimah sedang berlari.
Bukan sama sekali. Sebenarnya, juara Olimpik Paris 2024 dalam acara 800m itu sedang menguji teknologi baru Nike iaitu ‘speed suit’ khas yang direka untuk menjadikannya lebih aerodinamik ketika berlari.
Keely Hodgkinson ends her 2026 season in style by winning the Athlos 800m in a hooded speed suit 💫 pic.twitter.com/WfdcxqiQQk
— TNT Sports (@tntsports) September 18, 2026
Hodgkinson memperkenalkan sut tersebut dalam perlumbaan terakhirnya musim ini di Athlos London dan menutup tirai 2026 dengan kemenangan 800m menerusi catatan 1 minit 56.40 saat sekaligus memecahkan rekod kejohanan.
Selepas era kasut karbon dan ‘super shoes’ mengubah dunia larian, adakah kita bakal saksikan pakaian pula bakal menjadi medan perlumbaan teknbologi seterusnya? Jika benar sut Hodgkinson ini adalah permulaannya, tidak lama lagi kita bakal dengar persoalan bukan sekadar “pakai kasut apa” tetapi juga “baju apa dia pakai?”.