Skip to main content

Bola Sepak

Fenomena Selangor! Jersi gergasi merah 'sold out' walaupun baru dilancar

Fenomena Selangor! Jersi gergasi merah 'sold out' walaupun baru dilancar

Belum sempat bahang pelancaran reda, jersi baharu Selangor sudah mencetuskan fenomena tersendiri apabila habis terjual dalam tempoh tidak sampai dua jam.

Situasi itu jelas menggambarkan betapa tingginya permintaan penyokong terhadap jersi terbaru gergasi Merah yang tampil dengan rekaan daripada jenama sukan antarabangsa, Adidas.

Sejurus jualan dibuka, peminat dilihat berpusu-pusu mendapatkan jersi berkenaan sehingga stok yang disediakan licin dalam masa kurang dua jam.

Lebih menarik, fenomena itu berlaku ketika keterujaan terhadap Selangor berada pada tahap tinggi, sekali gus membuktikan sokongan penyokong terhadap pasukan bukan sekadar hadir di stadium.

Jersi pasukan kini bukan hanya pakaian untuk hari perlawanan, sebaliknya menjadi simbol identiti dan kebanggaan penyokong.

Keadaan itu turut mencetuskan reaksi hangat dalam kalangan peminat di media sosial apabila ada yang berkongsi rasa kecewa kerana gagal mendapatkan jersi selepas stok habis dalam tempoh begitu singkat.

Fenomena ini juga menjadi petunjuk bahawa kuasa jenama Selangor dan Adidas mampu mencetuskan sambutan luar biasa dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Selangor bakal membuka tirai saingan Liga Super bertandang ke di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, bertemu Kelantan Red Warrior (KRW) malam esok.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video