Skip to main content

Bola Sepak

Farizal pernah hilang ingatan selepas gegaran otak, trauma lihat insiden Jairo

 farizal marlias

Kecederaan yang dialami penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Jairo da Silva, di pentas separuh akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) tempoh hari membuatkan bekas penjaga gol utama negara, Farizal Marlias, terimbau situasi hampir sama berlaku ke atas dirinya.

Ketika bersama Shahzan Muda pada 2008, Farizal mengalami situasi sama kepalanya disepak pemain lain tetapi kurangnya kesedaran terhadap bahayanya situasi gegaran otak, Farizal kembali menyambung permainan sehingga ke wisel penamat.

Advertisement

Kesannya, sehingga kini dia tidak dapat mengingati dengan jelas apa yang berlaku selepas pelanggaran itu, di mana dia terpaksa beraksi di bawah kesedarannya.

"Ketika kali pertama saya kena gegaran otak, saya sambung bermain," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Cuma, apa yang diberitahu rakan-rakan selepas itu, saya seperti kerap bertanyakan soalan sama, mengenai keputusan perlawanan, sama ada kami menang atau tidak.

"Saya memang tidak ingat apa-apa selepas kejadian itu tetapi mereka katakan yang saya bermain sehingga habis dan masih boleh berborak dengan mereka selepas itu.

"Tetapi apabila sampai di hotel, saya mula bertanyakan soalan sama berulang-ulang," katanya.

 

Must Watch Video