Pesanan ringkas tapi padat, garang kan? Itulah tajuk kepada hantaran gambar yang dilakukan di media sosial Johan Ghazali, yang hadirnya daripada keluarga Muaythai.
Mereka terlihat dalam satu frame, apabila menghadiri perlawanan adik perempuan mereka Mia Ghazali Zulfikar untuk memastikan Mia mendapat sokongan sepenuhnya. Kalau anda perasan mana-mana fight melibatkan adik beradik Ghazali ni, keakraban mereka sebagai satu keluarga memang kuat. Mereka ada satu sama lain.
Advertisement
Jadi bayangkan satu hari nanti ada yang nak bercinta dengan adik sulung mereka yang comel ni dan satu-satunya adik perempuan Ghazali. Good luck all the best menghadap tiga orang abang, bapa dan jangan lupa maknya pun fighter juga!
Mia mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan bergaya menerusi unanimous decision selepas menewaskan wakil Thailand, Phet Saengdao dalam perlawanan Bout 2 yang berlangsung penuh intensiti di saingan Rentap Figjting Championship baru-baru ini.
Muda lagi tapi ketenangan, kematangan dan disiplin yang ada pada dirinya membuktikan mengapa dia layak memenangi perlawanan tersebut dan dilihat berpotensi melangkah lebih jauh dalam mengharumkan nama negara.