Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, berkongsi keputusan tersebut hanya akan disahkan selepas dibawa ke mesyuarat jawatankuasa tetap.
FAM belum memutuskan siapakah siapa pengganti Scott O'Donnell -- yang akan tamat kontraknya Disember depan -- sebagai pengarah teknikal FAM.
Noor Azman juga meminta agar semua tidak mudah terpedaya dengan sebarang ura-ura mengenai pengisian posisi tersebut oleh Datuk Ong Kim Swee kerana segala-galanya masih belum diputuskan secara muktamad.
"Kami akan laporkan keputusannya selepas (mesyuarat) jawatankuasa, bukan maksud tak betul (ura-ura itu).
"Kami sudah bentuk jawatankuasa tetap dan perkara ini akan dibawa dalam jawatankuasa pengurusan kebangsaan," katanya.