Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kentaan sebentar tadu memaklumkan bahawa badan induk itu memutuskan penggantungan Datuk Noor Azman Rahman telah berakhir, sekali gus kembali menggalas tugas sebagai Setiausaha Agung FAM berkuat kuasa serta-merta.
Terdahulu, Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 22 Disember 2025 telah membincangkan hasil laporan daripada Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) dan ketika itu membuat keputusan meneruskan penggantungan Datuk Noor Azman (sejak 17 Oktober 2025) bagi membawa kes tersebut ke Jawatankuasa Tatatertib FAM bagi tindakan lanjut.
Advertisement
Justeru, Jawatankuasa Tatatertib FAM, yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu, telah bermesyuarat dan setelah mengambil kira tempoh penggantungan yang telah dikenakan ke atasnya dan juga laporan IIC bertarikh 15 Disember 2025, memutuskan untuk mengembalikan Datuk Noor Azman kepada tugasnya sebagai Setiausaha Agung FAM berkuat kuasa serta-merta.
"Dengan keputusan terbaharu ini, ia menunjukkan bahawa Datuk Noor Azman hanya terkait dalam kecuaian pentadbiran dan tidak bersalah atau terlibat dalam hal pemalsuan dokume," tambah kenyataan itu.