Skip to main content

Bola Sepak

FAM perlu terima saranan AFC -- peguam sukan

Nik

Peguam sukan dan komersial, Nik Erman Nik Roseli, menganggap adalah penting buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menerima saranan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengenai cadangan 94 artikel dalam draf statut baharu yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Luar Biasa badan induk bola sepak negara itu pada Khamis ini.

Ujarnya, antara cadangan terbaik yang dikemukakan AFC ialah pengurangan jumlah pencalonan jawatan Presiden daripada enam kepada empat, selain kumpulan pakar mewakili jurulatih, pemain serta pengadil turut berpeluang membarisi barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM.

Nik Erman turut menyifatkan wakil Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak wajar diberikan slot automatik bagi mengisi salah satu kerusi Naib Presiden FAM, tatkala badan pengelola Liga Malaysia itu hanya perlu bertindak sebagai badan penghubung di antara FAM dan MFL.

Untuk rekod, pada Januari lalu, semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2025 hingga 2029 telah mengumumkan peletakan jawatan secara kolektif dan sukarela demi kelangsungan bola sepak negara.

"Sebelum ini saya katakan enam pencalonan untuk Presiden FAM terlampau tinggi, jadi sekarang ini, kurang pencalonan dan ia langkah yang bagus kerana kurang halangan untuk bertanding," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Kerana saya percaya sebelum ini, isunya adalah sebelum bertanding sudah kena potong.

"Sekarang ini lebih mudah dan saya harap secara praktikalnya ia akan jadi sebegitu.

"Saya juga kurang gemar apabila jawatan Naib Presiden 2 diberikan secara automatik kepada Pengerusi MFL.

"Ini kerana mandat FAM bukan sekadar liga, jadi apabila kita berikan jawatan itu kepada Pengerusi MFL, kita mungkin mendahulukan perkara lain.

"Saya mungkin lebih bersetuju jika seorang daripada MFL berada dalam Jawatankuasa Eksekutif sebagai liaison (perantara)."

 

Anda mungkin berminat dengan

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Must Watch Video