Skip to main content

Bola Sepak

FAM hantar rayuan tujuh pemain warisan ke CAS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

FAM hantar rayuan kepada CAS

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghantar rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung hukuman FIFA ke atas FAM serta tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

CAS menetapkan bahawa pihak peguam yang mewakili FAM mempunyai tempoh 10 hari sehingga 18 Disember 2025 untuk mengemukakan hujahan bertulis lengkap.

Advertisement

"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan perkembangan terkini berkaitan proses rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport - CAS)," menurut kenyataan yang dikeluarkan.

"FAM telah mengemukakan Pernyataan Rayuan kepada CAS berhubung hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas badan induk ini serta tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

"CAS telah menetapkan bahawa pihak peguam yang mewakili FAM mempunyai tempoh 10 hari sehingga 18 Disember 2025 untuk mengemukakan hujahan bertulis lengkap.

"FAM menegaskan komitmen penuh untuk melalui proses ini secara profesional, telus dan menghormati semua prosedur perundangan yang telah ditetapkan.

"Segala perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa."

Must Watch Video