Skip to main content

Sukan

FAM dituntut telus urusan dana pembangunan FIFA

ll
Advertisement

Sememangnya berita baik buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila berpeluang meraih peruntukan kira-kira RM102 juta menerusi cadangan pakej pembangunan terbaharu oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dari 2027 hingga 2030.

Bagaimanapun, bekas pembimbing jurulatih Program Pembangunan Bolasepak Nasional (NFDP), Datuk Richard Scully, menegaskan ia perlu dibelanjakan secara berhemah selepas melalui proses perancangan teliti yang turut mengkhususkan pembangunan akar umbi.

Advertisement

Meskipun dilihat seperti pelaburan tanpa pulangan jelas, ia mempunyai impak besar yang mampu menyokong pelan jangka masa panjang kancah bola sepak tempatan.

Pucuk pangkalnya, pelan perbelanjaan itu perlu dirancang awal dan FAM perlu telus dalam memastikan tiada unsur penyelewengan terhadap aliran keluar tunai daripada peruntukan tersebut.

Advertisement

"Kita mesti berhemah dan telus dalam apa yang diguna pakai mengenai struktur pembangunan yang terdiri daripada pasukan senior dan akar umbi.

"Sekiranya digunakan secara berhemah maka ia akan membantu.

"Sebenarnya (jumlah itu) tidak besar pun kalau berdasarkan matematik kerana membabitkan beberapa pecahan.

"Dana ini mestilah digunakan untuk mengukuhkan akar umbi, pembangunan serta memurnikan sedikit perbelanjaannya untuk pasukan senior.

"Kita perlukan kemudahan yang terbaik tapi jangan berbelanja sampai poket sendiri tiada duit," katanya.  

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video