Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

FAM disaran tubuh jawatankuasa integriti diketuai bekas timbalan ketua polis negara

iii

Bekas pembimbing jurulatih Program Pembangunan Bolasepak Nasional (NFDP), Datuk Richard Scully, menyambut baik perancangan penambahbaikan Peta Hala Tuju F:30 seperti yang disarankan presiden baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ghani Hassan.

Ketika berucap dalam Majlis Sambutan 100 Tahun badan induk bola sepak negara itu, Ghani menyentuh mengenai aspek akar umbi dan ranking dunia Harimau Malaya yang boleh dijayakan menerusi pelan yang efisien, lebih-lebih lagi selepas Malaysia hilang dua tahun akibat dari pandemik COVID-19.

"Kalau F-30 dilanjutkan pun logik sebab masa mencemburui kita, semua negara ketinggalan.

"Justeru, saya harap dokumentasi (sedia ada) ini dimurnikan oleh tampuk baharu kepimpinan FAM," katanya.  

Bagi Scully, FAM perlu mewujudkan jawatankuasa integriti dan menamakan individu yang layak untuk memantau segala pelaksanaan idea serta pembaharuan bagi mengelak ketirisan.

"Saya cadangkan bekas Timbalan Polis Malaysia, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, agar membantu mengesyorkan tatakelola dan integriti diberikan keutamaan.

"Saya harap FAM tawarkan jawatan ini agar tan sri sama-sama membantu bola sepak negara kita," katanya.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement