Skip to main content
Advertisement

Olahraga

Fakrul Afizul pecah rekod kebangsaan 400m lari berpagar!

Fakrul Afizul pecah rekod kebangsaan 400m lari berpagar!

Atlet olahraga negara, Fakrul Afizul Nasir, terus mencuri tumpuan apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara 400 meter lari berpagar dengan catatan masa 50.73 saat pada Kejohanan VTF2 di UnisZA, hari ini,

Catatan itu memadam rekod lama kebangsaan 51.11s yang juga miliknya sendiri, dilakar ketika temasya SUKMA Sarawak 2024 -- sekali gus membuktikan peningkatan konsisten dipamerkan atlet berkenaan dalam tempoh kurang dua tahun.

Pencapaian ini bukan sahaja menghadiahkan satu lagi sejarah buat olahraga negara, malah memberi bayangan positif terhadap potensi Fakrul untuk terus mencabar pentas lebih besar selepas ini termasuk di peringkat Asia Tenggara dan Asia.

Momentum dipamerkan Fakrul jelas menjadi petanda kebangkitan baharu acara 400m berpagar negara yang sebelum ini agak suram daripada segi rekod dan pencapaian antarabangsa.

Sumber: Podium On Tour

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video