Sempena ulang tahun keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alhaj, yang ke-80, atlet bina badan Malaysia, Faiz Ariffin, dikurniakan Darjat Kebesaran Ahli Kegemilangan Sukan Selangor, yang berlangsung di Istana Alam Shah hari ini.
Untuk rekod, Faiz Ariffin yang merupakan anak jati Selangor ini merupakan atlet bina badan kebangsaan di bawah naungan Persekutuan Bina Badan Malaysia bagi Kategori Fizik Atletik Lelaki.
Advertisement
Antara pencapaiannya adalah emas di World Bodybuilding and Physique Sports Championships 2024 dan emas di Asian Bodybuilding and Physique Sports Championship 2023.