Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Fabio Lefundes ramal Bojan Hodak bakal jadi jurulatih Indonesia tapi...

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mas

Jurulatih Borneo Samarinda, Fabio Lefundes, sebelum ini menjangkakan figura kepimpinan Bojan Hodak akan mengemudi skuad kebangsaan Indonesia namun perkara itu tidak berlaku.

Lefundes mengakui terkejut dengan berita Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) tidak memilih Bojan selepas kejayaan bekas jurulatih Kuala Lumpur City itu memacu Persib Bandung menjadi juara liga utama Indonesia sebanyak dua kali berturut-turut.

Advertisement

"Sangat mengejutkan buat saya, kerana saya menjangkakan PSSI akan memanggil Bojan Hodak ke skuad Indonesia, kerana kita tahu dia baru saja membawa Persib Bandung menjadi juara dua kali.

 

"Tetapi saya dengar jarang sekali jurulatih di liga dipanggil jadi jurulatih negara." katanya seperti dilaporkan media Indonesia.

 

 

 

 

Begitupun, Indonesia melantik bekas jurulatih Kanada, John Herdman, untuk memimpin pasukan kebangsaan selepas gagal layak ke Piala Dunia FIFA 2026.

Pengendali berusia 50 tahun itu menggantikan Patrick Kluivert, yang meninggalkan jawatan jurulatih pada bulan Oktober 2025.

Untuk rekod, Herdman pernah memimpin skuad Kanada layak ke Piala Dunia 2022.

Must Watch Video