Masih belum ada kata putus tentang maklumat harga dan berapa tiket yang tersedia untuk Grand Prix (GP) Bahrain di Sepang.
Namun, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohd Taufiq Johari, menyifatkan tiket Madani berkemungkinan besar menggembirakan peminat Formula Satu (F1) negara.
Ia supaya ia dapat mewujudkan elemen kekeluargaan ketika F1 berlangsung.
"Harga dan kuota tiket adalah hak Bahrain untuk menentukannya.
"Dalam perbincangan tadi, saya harap tiket MADANI itu (lokasinya dalam) suasana piknik, keluarga terjalin dalam F1.
"Keutamaannya adalah harga dan berapa keping tiket dijual untuk peminat Malaysia," katanya.
Satu jawatankuasa khas akan dibentuk untuk menumpukan perhatian kepada penganjuran F1 yang kembali selepas sembilan tahun ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
"Satu Jawatankuasa khas akan dibentuk di peringkat KSN untuk menyelaraskan semua gerak kerja untuk daripada segi keselamatan dan protokol.
"Satu Jawatankuasa khaKoss di peringkat KBS akan dibentuk dapat memenuhi syarat dan masa yang ditetapkan.
"SIC akan berikan laporan secara berkala dan saya sendiri akan berada dalam jawatankuasa tersebut untuk pastikan segala gerak kerja dapat dijalankan dengan baik dan lancar," katanya.