Skip to main content

Formula 1

F1: Tiada komplot untuk nafi penguasaan McLaren

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Mclaren

Tiada sebarang komplot untuk menafikan mata dua pemandu McLaren di Grand Prix (GP) Las Vegas untuk memberi laluan yang lebih cerah kepada pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen, untuk memburu kejuaraan dunia 2025.

Sebaliknya, kesalahan yang dilakukan McLaren itu jelas melanggar peraturan yang telah ditetapkan sejak sekian lama.

Advertisement

Federation Internationale de l’Automobile (FIA) sebelum ini sudah menjelaskan bahawa tindakan McLaren untuk memasang 'skid wear' bahagian belakang dengan ukuran yang lebih nipis daripada yang sepatutnya itu tidak boleh dikompromi dan pasukan itu sepatutnya menyedari risiko yang bakal dihadapi oleh mereka.

Ketetapan FIA sebelum ini jelas memberikan ketebalan minimum skid wear yang mahu digunakan oleh setiap pasukan adalah berukuran 9 milimeter.

Bagaimanapun, McLaren telah memutuskan kedua-dua jentera MCL39 kurang daripada ukuran tersebut dan harus berdepan dengan tindakan yang sepatutnya.

Keputusan tersebut telah memberikan peluang yang lebih baik kepada Verstappen untuk terus menghambat kedudukan Norris dan juga Piastri dalam carta kejuaraan dunia musim ini.

Walaupun Norris masih kekal mengetuai dengan 390 mata manakala Piastri pula di tangga kedua dengan 366 mata, namun tindakan terbaharu ini telah merapatkan juarang Verstappen dengan Norris kepada 24 mata.

F1

Bawa Balik Aksi Litar Ke Rumah

LEGO Speed Champions McLaren memberi peluang anda merasai semangat perlumbaan, terus dari meja ke rak koleksi.


Grab Sekarang

Must Watch Video