Skip to main content

Sukan

F1: 'Telinga saya pekak sedikit sebelah, dulu bunyi deruman enjin sangat kuat'

FF
Advertisement

Selepas sembilan tahun tanpa penganjuran Formula 1, ngauman dan deruman enjin kereta F1 mula menggamit halwa telinga.

Namun, untuk merasai semula situasi itu mungkin ianya sudah tidak sama lagi.

Advertisement

Transformasi dengan teknologi terkini, ada pembaharuan yang perlu disaksikan sendiri dengan pencarian yang hanya dapat ditemui di Litar Sepang.

"Telinga saya pekak sedikit sebelah, kerana dahulu ingatkan kita hero boleh duduk tepi litar tengok kereta. Tetapi lama kelamaan tahun demi tahun. Saya rasa sejak 2016, kerana bunyi, dahulu bunyi deruman sangat tinggi dan kuat, sekarang sudah okay.

Advertisement

"Saya rasa penyokong F1 terbiasa dengan bunyi enjin yang nyaring dan kuat, sekarang dengan teknologi tenaga hybrid, bunyi deruman itu sudah berkurangan tetapi kekuatan itu masih sama.

"Mungkin generasi baru mementingkan isu persekitaran, ia sesuai dengan sekarang. Ia memberikan F1 pengalaman baru. Ini perlu diterima, untuk F1 itulah teknologi sekarang berbeza dengan Formula E (EV).

"Penyokong F1 sudah berubah, dahulu lelaki tetapi sekarang kerana media sosial, penyokong lebih muda, ramai Wanita yang bukan lihat kereta sahaja tetapi kepada pemandu dan sebagainya.

"Elemen media sosial itu sekarang menjadi sebahagian daripada F1." katanya.

Kenapa Bahrain memilih Sepang, perkara itu tidak perlu menjadi persoalan memandangkan Litar Sepang merupakan 'role model' untuk venue penganganjuran era baharu.

"Kejuaraan untuk F1 agak tinggi, jika mahu menganjurkan perlu buat perancangan untuk lihat peluang sertai F1 pada tahun-tahun akan datang." tambahnya.

Untuk sudut pandang dan pengalaman sendiri menjadi perkara utama kerana suasana dan pengalaman itu tidak dapat dirasai jika sekadar menyaksikan perlumbaan F1 di skrin televisyen.

Tiada lagi istilah F1 hanya untuk golongan lelaki kerana keterujaan tidak hanya tertumpu kepada kereta F1 semata mata, malah penganjuran F1 kini dilihat dalam pandangan yang lebih luas.

Ada hasrat yang lebih besar diharapkan mampu berlaku sebaik kejayaan penganjuran ini selesai.

Seandainya Litar Sepang kembali berada dalam kalendar perlumbaan tahunan F1, itu adalah berita gembira untuk sukan permotoran negara.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video