Beberapa minit sebelum bermulanya perlumbaan Formula 1 waktu malam di Litar Jalanan Marina Bay, Singapura jam 8 malam ini membuatkan penulis teruja apakah episod kehadiran biawak di litar itu akan sekali lagi berulang selepas penganjuran edisi 2016, 2023 dan 2024?
Difahamkan kehadiran biawak di Litar Marina Bay ini biasa berlaku dan pernah beberapa kali dilaporkan muncul dan berkeliaran melintas di atas litar jalanan ini semasa sesi latihan F1 yang mencuri tumpuan peminat dan pelumba.
Katanya, biawak ini memang telah menyesuaikan diri dengan persekitaran bandar, terutamanya melalui sistem perparitan, taman, dan kawasan tebing air di sini.
Menurut pihak berkuasa hidupan liar Lembaga Taman Negara (NParks), biawak ini bersifat pemalu dan tidak agresif terhadap manusia.
Pengunjung dinasihatkan supaya tidak panik, mengelak daripada mendekati, menyentuh, atau memberi makan kepada haiwan tersebut.
Tapi kali ini perlumbaan akan berlangsung di waktu malam. Apakah akan kelihatan kelibat biawak ini nanti?
Untuk rekod, ini merupakan kali kedua perlumbaan F1 waktu malam berlangsung di GP Singapura dengan edisi pertama pada 28 September 2008 lalu dengan ketika itu, pemandu Renault, Fernando Alonso memenangi perlumbaan buat julung kalinya itu.
F1 : SIARAN LANGSUNG PERLUMBAAN GP SINGAPURA
Tarikh: 11 Oktober 2026 (Ahad)
Saluran: beIN Sports 1 (Saluran 820)
Masa: Bermula 7.55 malam
Venue: Marina Bay, Singapura