Kemelut pasukan Ferrari semakin panas susulan strategi memakan diri pada Grand Prix (GP) Mexico pada minggu lalu dengan pelumba terkemuka, Lewis Hamilton, tidak berpuas hati dengan situasi semasa.
Ia, semuanya bermula apabila Charles Leclerc yang dianggap 'pentingkan diri' memotong laluan di selekoh S pada pusingan pertama sehingga merisikokan peluang Ferrari untuk sekurang-kurangnya menamatkan perlumbaan dengan dua podium.
Tamat perlumbaan menyaksikan Hamilton di tempat kedua, sementara Leclerc di tempat keempat.
Juara dunia tujuh kali itu berang sambil menganggap pasukan itu mengalami masalah besar dan menuntut perjumpaan bagi mengadakan perbincangan serius.
"Saya tidak peduli apa yang orang lain fikirkan tentang apa yang saya katakan.
Lewis says he's “not going to be silenced” over the frustration he felt with Charles Leclerc last week 👀 https://t.co/NGc7u8RPD0
— ESPN F1 (@ESPNF1) November 5, 2026