Skip to main content

Permotoran

F1: Selepas berjaya dalam 'F1', Idris kini dilantik duta pula

F1: Selepas berjaya dalam 'F1', Idris kini dilantik duta pula

Watak yang digandingkan bersama Brat Pitt dalam filem F1, Damson Idris nampaknya turut merasai nikmat dan faedah hasil daripada kerja keras dan hebat beliau dalam filem tersebut yang begitu berjaya.

Malah, pihak penganjur F1 juga baharu sahaja mengumumkan namanya yang turut tersenarai sebagai duta bersama bagi kempen “All to Drive For” yang dijalankan pada Rabu.

Advertisement

Ia jelas sebahagian impak yang sedikit sebanyak mengubah sisi beliau sebelum ini selepas filem tersebut mencapai sasaran yang dikehendaki dengan sambutan yang begitu baik dikalangan peminat.

Apatah lagi pengumuman sekual tersebut yang bakal disambung baru-baru ini sudah pastinya bakal melonjakkan lagi populariti dan namanya di persada dunia hiburan seperti yang diharapkan.

“Saya sentiasa tertarik kepada ruang di mana budaya, prestasi dan pertemuan berharga dan tentunya masa bersama Formula 1 juga berada diantara kesempatan itu.

"Saya sangat menghormatinya sebelum penggambaran filem itu, tetapi bila semakin dekat dengan dunia F1 ia memberi saya pemahaman sebenar tentang inovasi, kasih sayang dan keamatan di sebalik segala-galanya, dan sudah pastinya paling berharga peluang memandu kereta paling elit di dunia."Jelasnya kepada media.

Dalam masa yang sama juga Idris turut menghargai kepercayaan yang diberikan kepada beliau atas perlantikkan sebagai duta oleh F1.

"Diberi peluang untuk terlibat dikalangan mereka adalah sesuatu sangat bermakna buat saya, saya sangat bangga untuk mewakili kepada sesuatu yang memberi inspirasi selain berhubung dengan setiap manusia di seluruh dunia."Jelasnya lagi.

Sebelum ini Penerbit terkenal Hollywood, Jerry Bruckheimer, mengesahkan bahawa susulan kepada filem blockbuster "F1" lakonan Brad Pitt dan Idris kini secara rasmi dalam pembikinan.

Filem asal F1, diarahkan Joseph Kosinski dan diterbitkan bersama juara dunia Formula 1 tujuh kali Lewis Hamilton, sekali gus mencatat fenomena global selepas meraih AS$630 juta (S$794.56 juta), menjadikannya tayangan paling berjaya Apple Original Films serta menerima empat pencalonan Oscar, termasuk Filem Terbaik.

Desas-desus mengenai filem susulan itu sudah lama timbul sejak tayangan filem pertama pada 2025, tetapi ia hanya disahkan minggu ini selepas Ketua Pegawai Eksekutif CEO Formula 1 Stefano Domenicali meminta peminat untuk 'nantikannya' semasa acara Apple TV.

Buat masa ini, tiada tarikh rasmi atau butiran plot didedahkan, tetapi Encik Bruckheimer mengakui kejayaan luar biasa filem pertama mendorong pihaknya untuk membawa francais itu ke peringkat seterusnya.

Must Watch Video