Menggantikan juara dunia 7 kali, Lewis Hamilton bukanlah tugas yang mudah, lebih lebih lagi di buat seorang pelumba yang baru berusia 18 tahun. Namun itulah cabaran yang diberikan Mercedes kepada Kimi Antonelli apabila pasukan itu memeilih untuk mempertaruhkan bakat muda Itali bagi musim F1 2025.
Walaupun pada awalnya, banyak pihak yang pernah mempersoalkan kemampuannya untuk menyambung legasi yang hebat ditinggalkan Hamilton pada musim 2025, itu langsung tidak menjatuhkan semangat pelumba muda itu.
LEWIS HAMILTON IS THE FIRST TO CONGRATULATE KIMI ANTONELLI HOW BEAUTIFUL CAN SPORT BE SOME DAYS https://t.co/q8Jjb6MY4w
— sim (@simscircuit) November 1, 2026
Sebaliknya, Antonelli membuktikan bahawa dia hanya perlukan dua musim untuk menghadiahkan kejuaraan dunia kepada Mercedes dengan empat perlumbaan masih berbaki.
This trio ❤️ The perfect podium lift on the day Kimi Antonelli is crowned Drivers' Champion! 🙌 #F1 #MexicoGP https://t.co/NBs6WYdbYH
— Formula 1 (@F1) November 1, 2026
Kejayaan ini juga membuktikan bahawa pentingnya sesebuah pasukan itu untuk memberikan kepercayaan kepada bakat muda seperti yang dilakukan Mercedes dan ternyata ianya bukanlah pertaruhan yang sia-sia.
Mercedes wajar diberikan pujian atas keberanian untuk memilih sesuatu yang lebih jauh daripada pengalaman, iaitu potensi apabila memberi peluang kepada Antonelli yang sudah lama berada dalam program pembangunan pelumba muda mereka, dengan rekod cemerlang dalam perlumbaan junior yang ditonjolkan pelumba muda Itali itu.