Skip to main content

Permotoran

F1: Hamilton kongsi rahsia sebenar aksi cemerlang Ferrari 2026

Hamilton

Selepas mengharungi dua perlumbaan Formula 1 bagi musim 2026 dengan agak cemerlang, pemandu pasukan Ferrari, Lewis Hamilton, akhirnya membuka mulut untuk memberitahu mengapa jentera Ferrari nya bagi musim ini agak cemerlang dan dirasai sangat menepati apa yang dia mahukan selama ini.

Manakan tidak, musim 2025 nyata bukanlah musim yang baik bahkan boleh dianggap antara yang paling suram buat pasukan kebanggaan Itali itu dengan prestasi yang terumbang ambing dan sering menjadi bahan kritikan peminat sukan perlumbaan paling elit di dunia itu.

Advertisement

“Apabila saya menyertai Ferrari tahun lepas, saya tidak terlibat dengan idea pembinaan kereta itu, kereta itu sudah dalam proses pembuatan apabila saya menyertainya, dan ia adalah evolusi kereta tahun sebelumnya.

"Saya tiba dan cuba belajar memahami tentang kereta yang telah dibina bukan untuk saya dan secara amnya tidak sesuai dengan gaya pemanduan saya. Terdapat elemen yang saya minta tetapi tidak dapat diletakkan kerana ia terlalu mahal, seperti sistem penggantungan, untuk dibina dengan had bajet," kelasnya kepada media pada Khamis.

Disebabkan itu katanya beliau hanya mampu berdiam diri sahaja atas segala kritikan yang dilontarkan sepanjang musim lalu.

Namun, prestasi semasa Hamilton dan Ferrari musim 2026 yang baru bermula membuatkan ramai peminat dan pemerhati sukan Formula 1 kembali terarah kepadanya dengan membuktikan beliau mampu untuk bangkit untuk memadamkan tomahan tersebut.

“Kami datangkan jentera baharu musim ini, era baru dan permulaan baharu untuk semua orang, tetapi saya mempunyai beberapa perkara yang saya minta dan saya sangat bersyukur kerana mereka mendengar dan melakukannya.

"Charles dan saya telah mengujinya dan kami berdua menyukainya. Kereta itu lebih ringan dan lincah, kurang downforce dan lebih seperti go-kart ketika memecutnya. Ia agak menyeronokkan," Jelas Hamilton lagi.

Mengulas mengenai kemajuan yang dicapai oleh Ferrari di tengah-tengah pengenalan peraturan teknikal baharu pada 2026, Hamilton menambah bahawa dia tetap merasa teruja dengan peraturan tersebut dan ia menjadi petanda bahawa F1 kini memasuki perubahan era baharu.

Must Watch Video