Skip to main content

Sukan

F1: Akibat format peraturan baru, Verstappen bakal bersara?

Verstappen

Selepas tiga pusingan yang berlangsung, pasukan Red Bull Racing masih lagi gagal menemui rentak podium malah jauh tersasar seperti mana musim-musim lalu.

Jika beberapa musim lalu, pasukan itu nampak jelas penguasaan yang dominan menerusi Max Verstappen, namun musim 2026 nyata tidak lagi memihak kepada mereka.

Advertisement

Daripada tiga pusingan tersebut, Mercedes dan Ferrari lebih menonjol untuk menguasai saingan.

Ternyata keadaan itu memberikan impak yang mendalam kepada Verstappen apabila membayangkan untuk bersara daripada dunia F1 walaupun tidak memberikan alasan yang terperinci terhadap hasratnya itu.

Samada kekecewaan itu lahir daripada ketidakmampuan jenteranya atau format baru perlumbaan yang didakwa tidak memihak kepada pasukan Red Bull Racing

"Kamu mula tertanya, adakah berbaloi?. Atau lebih baik berada di rumah bersama keluarga dan rakan-rakan apabila tidak lagi menikmati sukan ini?," kata Verstappen.

Verstappen sebelum ini mengkritik peraturan baharu yang membahagikan kuasa jentera secara 50-50 antara enjin konvensional dan elektrik, malah menyifatkan jenteranya sebagai 'tidak boleh dipandu' selepas bermula di petak ke-11 pada perlumbaan Jepun.

Kesemua pasukan akan berehat panjang sebelum berlangsungnya pusingan perlumbaan seterusnya iaitu di GP Miami pada 1-3 Mei nanti

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video