Skip to main content

Badminton

Esok, jangan bagi alasan ya -- Lee Chong Wei

p

Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei, menyeru rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepada pemain-pemain muda yang akan turun beraksi di Kejohanan Badminton Piala Lee Chong Wei 2026.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Juara itu menyaksikan pentas akhir dan gelaran juara akan dinoktahkan esok (Ahad).

"Esok adalah hari yang penting! Selepas berhari-hari bersaing, kita akan tiba di Hari Akhir Piala Lee Chong Wei 2026.

"Semasa saya kecil, setiap sorakan daripada orang ramai memberi saya kekuatan tambahan di gelanggang. Esok, saya harap kita dapat melakukan perkara yang sama untuk pemain muda ini.

"Datanglah dan saksikan beberapa bakat badminton muda Malaysia yang paling cemerlang berjuang untuk gelaran; dan yang lebih penting, berjuang untuk impian mereka.

"Akan ada 13 perlawanan akhir sepanjang hari. Bawa keluarga anda, bawa rakan-rakan anda, dan datanglah bergembira untuk juara masa depan kita!

"Jumpa anda esok di Stadium Juara! Esok, jangan bagi alasan ya. Final Lee Chong Wei Cup 2026 dah sampai!

"Saya selalu percaya, kita tak akan tahu siapa bakal juara dunia atau juara Olimpik seterusnya. Mungkin hari ini mereka masih budak-budak yang pegang raket, nervous tunggu giliran masuk court. Tapi satu hari nanti, mungkin seluruh Malaysia pula tunggu mereka masuk court.

"Sebab itu esok saya nak ajak semua datang ke Stadium Juara. Bukan datang tengok badminton saja. Datanglah beri semangat kepada anak-anak muda kita. Biar mereka rasa macam mana rasanya bila satu stadium berdiri di belakang mereka.

"13 akhir. 13 peluang untuk kita melihat bintang masa depan Malaysia.

"Bawa anak, bawa keluarga, bawa kawan-kawan. Saya tunggu anda di Stadium Juara esok. Yang penting, suara kena bawa sekali!" katanya.

Tarikh: Ahad, 6 September
Venue: Stadium Juara, Kuala Lumpur
Waktu: Bermula 8.30 pagi
 

Ayuh penuhkan Stadium Juara esok!!!

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement