Skip to main content

Karate

Erti pengorbanan Thaipusam buat Prem Kumar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

karate

Tatkala penganut hindu menyambut Thaipusam sebagai simbol pengorbanan dan keikhlasan, pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2018, S. Prem Kumar, memilih untuk menterjemahkan makna perayaan itu dengan caranya sendiri apabila turun menjalani latihan bersama skuad kebangsaan meskipun baru sahaja selesai pembedahan tangan kiri.

Baginya, pengorbanan bukan sekadar ritual malah sebagai disiplin, konsistensi dan kesanggupan meletakkan negara di hadapan, selari dengan semangat Thaipusam itu sendiri.

Advertisement

"Ia mengenai pengorbanan -- beri dan terima ganjaran. 

"Dan bagi saya ia sesuatu yang baik. Kami akan menghadapi temasya utama. 

"Kami teruja untuk menghadapinya dan kami perlu berkorban sedikit demi kejayaan yang besar," katanya di Nadi Arena.

Prem turut memaklumkan, tempoh pemulihan keretakan tangannya akan mengambil masa lebih kurang empat minggu dan ia tempoh sesuai kerana jendela kejohanan karate hanya akan bermula pada April depan.

"Saya baru habis rawatan dengan pembedahan kecil.

"Semuanya berjalan lancar dan ia tempoh yang sesuai untuk pemulihan.

"Saya juga masih turun menjalani latihan ringan," katanya.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video