Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Van Dijk kekal bersama Belanda sehingga usia '37 tahun'

van dijk

Kapten Liverpool, Virgil van Dijk akan menyertai skuad Belanda minggu ini selepas memutuskan untuk tidak bersara daripada arena antarabangsa dengan perancangan untuk terus beraksi buat negaranya sehingga usia "sekurang-kurangnya" 37 tahun.

Van Dijk menyambut ulang tahun kelahiran ke-35 Julai lalu, seminggu selepas Belanda tersingkir daripada Piala Dunia akibat tewas mengejut di pusingan 32 menentang Maghribi.

Pertahanan tengah itu kemudian mempertimbangkan untuk menamatkan karier antarabangsanya ketika satu era baharu bermula bagi pasukan Belanda, susulan pemergian Ronald Koeman dan pelantikan Xavi sebagai ketua jurulatih baharu.

Namun selepas perbincangan dengan bekas pemain tengah Barcelona itu, Van Dijk disenaraikan dalam skuad pertama kendalian Xavi bagi perlawanan Liga Negara-Negara UEFA menentang Jerman, Serbia dan Greece dalam tempoh dua minggu akan datang.

"Saya perlu merasai keyakinan serta gabungan rasa hormat, kegembiraan, dan segala-galanya yang saya inginkan".

“Begitulah keadaannya sejak saat pertama lagi, jadi perbincangan itu tidak perlu mengambil masa yang lama. Namun ia sangat baik, jadi saya benar-benar tidak sabar untuk menghadapi empat perlawanan penting itu.

“Mari kita jadikan tempoh dua tahun akan datang sebagai satu pengalaman yang hebat, kata van Dijk”

Memandangkan Van Dijk telah mengikat komitmen dengan Belanda sehingga Euro 2028, ini bermakna dia akan terus beraksi untuk negaranya sekurang-kurangnya sehingga usia 37 tahun.

Buat masa ini, kontrak Van Dijk akan tamat seminggu sebelum mencecah usia 36 tahun, dan terdapat kemungkinan dia sedang mengharungi musim terakhirnya di Anfield – namun kekal sebagai salah seorang pemain terbaik dan paling penting dalam skuad kendalian Andoni Iraola.

Pihak pengurusan Liverpool pastinya berhati-hati untuk bersetuju melanjutkan kontrak yang bakal menjadikan Van Dijk pemain dengan bayaran tertinggi, susulan pemergian Mo Salah.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement