Beraksi di kubu keramat, Stadium Tottenhamn Hotspur di London, Spurs semestinya hadir dalam aksi kelima liga dengan semangat juang tinggi -- mahu butirkan kemenangan pertama liga selepas empat perlawanan.
Namun, berdepan Aston Villa bukanlah tugasan mudah, berikutan pasukan kendalian Unai Emery itu turut berdepan situasi tanpa kemenangan juga!
Dan kem Spurs dikejutkan dengan jaringan awal pelawat menerusi ledakan Johan Manzambi pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Sebelum, Villa terus tambah duka tuan rumah dengan jaringan Nicolas Jackson di minit ke-67.
Full-time. pic.twitter.com/zuTzrP9kuV
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) September 19, 2026
Emiliano Buendia terus pastikan Aston Villa selesa di depan menerusi ledakan gol ketiga untuk jauh meninggalkan Spurs dengan kedudukan 3-0.
Namun - pada sisa minit-minit akhir permainan, Tottenham berjaya perkemas aksi dan bangkit bermula dengan gol Conor Gallagher pada minit ke-86.
Sebelum Jan Paul Van Hecke memanfaatkan masa kecederaan untuk mencetak jaringan kedua Spurs.
Namun kedudukan 2-3 itu belum cukup untuk mematahkan kelebihan Villa sekali gus menyaksikan tuan rumah akur keciciran mata lagi dan kini berada di kedudukan ke-19 dengan dua mata sementara Aston Villa naik ke kelompok 15 Liga Perdana Inggeris (EPL).