Drama awal pagi ini apabila Badan Pengadil Profesional (Pro Ref) mengesahkan gol Erling Haaland satu kesilapan ketika Manchester City menewaskan Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford malam tadi.
Keputusan pengadil bertugas membenarkan jaringan tersebut meskipun telah diteliti oleh video bantuan pengadil (VAR) merupakan keputusan salah dan dianggap “an error of judgement” oleh Pro Ref.
Pada mulanya, ia dinilai menerusi kedudukan Enzo Fernandez yang dalam keadaan ofsaid tidak memainkan bola biarpun terdapat percubaan untuk menyentuh bola membolehkan penyerang Norway itu membuat sentuhan menewaskan penjaga gol The Red Devils, Senne Lammens.
Namun, badan induk itu tampi dengan kenyataan bahawa VAR gagal mengenal pasti impak daripada bekas pemain Chelsea itu dan sepatutnya meminta semakan sendiri oleh pengadil sebelum membatalkan jaringan itu.
🚨 OFFICIAL: Pro Ref confirm “an error of judgement” in Haaland’s goal — also informing Man United directly.
“Following the incident in the 60th minute of Sunday's Premier League fixture between Manchester United and Manchester City at Old Trafford, we can provide clarification… pic.twitter.com/1sd0gSs8QO— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 13, 2026
"Pihak kami sudah menghubungi Manchester United malam ini bagi mengakui apa yang dinilai sebagai kesilapan penilaian.
"Semakan terhadap insiden itu akan dijalankan," menurut kenyataan itu.
Wisel penamat telah dibunyikan, dan The Cityzen tetap membawa pulang tiga mata penuh dan merugikan tuan rumah.