Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Spekulasi kepulangan Jurgen Klopp ke Liverpool makin kencang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klopp

Masa depan Arne Slot sebagai pengurus Liverpool kini dilaporkan berada di penghujung jalan susulan prestasi merudum juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu, malah spekulasi mengenai kepulangan Jurgen Klopp ke Anfield kini mula bertiup kencang.

Bekas bintang The Reds, Dietmar Hamann mendakwa Slot telah hilang kawalan terhadap bilik persalinan selepas Liverpool mencatatkan sembilan kekalahan dalam 12 perlawanan terakhir dan menjadi kejatuhan mendadak selepas memulakan musim dengan tujuh kemenangan berturut-turut.

Advertisement

Prestasi hambar itu termasuk tiga kekalahan berturut-turut dengan jurang tiga gol, bermula dengan tewas 0-3 kepada Manchester City diikuti kekalahan mengejut 0-3 kepada Nottingham Forest dan dibelasah 1-4 oleh PSV di laman sendiri.

Ia merupakan rekod terburuk Liverpool sejak musim 1953-54, meletakkan Slot dalam tekanan memuncak walaupun dia menghadiahkan kejuaraan liga pada musim lalu.

"Penamat bagi Slot sudah hampir. Saya tidak menyangka ia akan jadi begini selepas musim cemerlang yang dilaluinya, tetapi saya percaya 'kreditnya' sudah habis.

 

 

 

"Arne Slot sudah hilang kawalan ke atas pasukan. Semuanya sedang hancur, setiap pemain melakukan apa yang mereka mahu, seperti kesilapan Mohamed Salah sebelum gol kedua PSV.

"Liverpool akan berdepan masalah besar untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas. Situasi ini sangat kompleks sehingga kelab pasti sedang membincangkan kedudukan pengurus," katanya kepada Sky Sport Germany.

Dalam pada itu, Hamann mencadangkan Liverpool mungkin cuba memujuk Jurgen Klopp kembali untuk menyelamatkan keadaan.

"Ramai yang sudah merindui kepulangan Jurgen Klopp. Jika anda tanya peminat, ramai pasti berkata: 'Itu sesuatu yang luar biasa'.

"Sejauh mana kemungkinan dia kembali? Saya tidak tahu. Tetapi ia akan menjadi kisah terhebat dekad ini. Saya menjangkakan kelab mungkin sudah bercakap dengan Klopp," tambah Hamann. - Sinar Harian


 

Must Watch Video