Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

EPL: Saya kecewa dengan keputusan pengadil -- Arne Slot

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

slot

Pengurus Liverpool, Arne Slot, meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa keputusan pengadil yang tidak berpihak kepada pasukan The Reds sehingga tewas kepada Manchester City di Stadium Anfield, awal pagi tadi.

Dalam sesi sidang akhbar selepas permainan, Slot tidak memilih untuk mengulas lebih mengenai kad merah yang dilayangkan kepada Dominik Szoboszlai sebaliknya dia memilih untuk mengupas mengenai insiden yang melibatkan Mohamed Salah dan Marc Guehi.

Advertisement

"Dalam dua aksi bertemu Manchester City segala keputusan tidak memihak buat kami sedangkan kesemua situasi adalah 50-50." kata Arne Slot kepada wartawan

Liverpool kini menghuni tangga keenam liga dengan mengumpul 39 mata terikat dengan Brentford di tangga ketujuh.

"Jika dilihat Marc Guehi mempunyai tarikan baju yang jelas kepada Mohamed Salah dengan peluang jaringan yang sangat tinggi tetapi pengadil hanya beri kad kuning dan bukanla kad merah, saya sangat kecewa tentang itu." katanya.

Tiga mata terbaru memastikan City kembali dibezakan enam mata dengan Arsenal.

 


 

Must Watch Video