Kemenangan Manchester City menewaskan Chelsea di Stamford Bridge semalam terus memberi tekanan buat pendahulu, Arsenal, dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Juara Piala Liga Inggeris (EFL) itu mudah membenam tuan rumah 3-0 menerusi jaringan Nico O'Reilly, Marc Guehi dan Jeremy Doku memastikan pelawat semakin merapatkan jurang dengan The Gunners.
Advertisement
Anak buah Mikel Arteta kempunan mencatatkan keputusan positif baru-baru ini selepas tercicir tiga mata penuh kepada Bournemouth.
Suka diingatkan, The Cityzen memiliki kelebihan satu perlawanan, dan dijangka kedudukan carta boleh berubah sekiranya skuad kendalian Pep Guardiola konsisten meraih kemenangan berharga.
Bercakap mengenai prestasi Arsenal, Guardiola tetap menghormati kredibiliti bekas penolongnya itu dan tidak terlalu memikirkan ancaman daripada pasukan tersebut.
"Saya sangat menghormati Arsenal, apa yang mereka lakukan sejak beberapa tahun ini.
"Mungkin ada sedikit perubahan taktikal," kata Guardiola.
"Mereka pasukan terbaik di negara ini, malah di Eropah setakat ini.
"Sukar untuk kalahkan Arsenal sekali lagi. Kami akan berdepan mereka lagi selepas ini.
"Saya juga ingin beritahu penyokong: hormati Arsenal, mereka pasukan luar biasa. Datang dan beri sokongan dari minit pertama kerana pemain akan beri segalanya."