Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Mujur ada Federico Chiesa, kalau tak Liverpool malu lagi

t.spurs logo.png

Join now via My Astro App to win Spurs jersey & merchandise!

Chiesa

Federico Chiesa menjadi wira juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Liverpool, apabila melakukan penyelamatan penting pada minit akhir mengelak kekalahan kepada Sunderland.

The Reds hampir ditewaskan oleh pelawat tatkala sukar memecah kebuntuan meskipun tidak henti mengatur serangan.

Advertisement

Peminat tuan rumah menghembus nafas lega melihat jaringan sendiri oleh Nordi Mukiele pada minit ke-81 menerusi sepakan oleh Florian Wirtz berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Namun, pemain kebangsaan Itali berkenaan wajar diberikan pujian apabila larian pantasnya membantu Allison Becker menafikan gol kemenangan pihak lawan, meskipun penjaga gol utama Brazil itu sudah tewas.  

Untuk rekod, Liverpool belum mencatatkan kemenangan di Anfield dalam empat perlawanan sebelum ini.

Dan, mereka sedang menduduki tempat kelapan di atas Manchester United dengan perbezaan satu mata. 

Must Watch Video