Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Mikel Arteta puji pemain Arsenal selepas ikat Liverpool

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

EPL

ARSENAL 0 LIVERPOOL 0

Arsenal kesal gagal melebarkan kelebihan di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan lapan mata, tetapi memuji ketekalan barisan pemainnya.

Advertisement

The Gunners kini enam mata di hadapan Manchester City dan Aston Villa selepas seri 0-0 dengan juara Liverpool di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Liverpool memulakan asakan berbahaya menerusi percubaan Conor Bradley yang terkena palang gol dalam separuh masa pertama, manakala percubaan Gabriel Magalhees pula menjadi antara peluang terbaik Arsenal yang menyaksikan tandukannya dalam masa kecederaan babak kedua tersasar.

Bradley terpaksa dikeluarkan selepas pergaduhan dengan Martinelli setelah pemain Brazil itu menolaknya keluar padang walaupun sedang mengalami kecederaan yang serius.

Arsenal menamatkan tempoh Krismas dengan lima kemenangan dan satu seri daripada perlawanan liga, namun apabila ditanya sama ada keputusan seri dengan The Reds itu terasa seperti satu peluang yang terlepas untuk melanjutkan kelebihan mereka, Mikel Arteta berkata: "Ya, setiap kali anda tidak menang (ia terasa begitu), kalau tidak kami pasti akan mendahului 12, 15 atau 20 mata.

"Saya benar-benar perlu memuji pemain secara individu atas apa yang telah mereka lakukan sepanjang tempoh Krismas ini kerana tuntutan dalam jadual perlawanannya yang sangat luar biasa.

"Dan apa yang telah mereka lakukan adalah luar biasa, jadi untuk keluar dari tempoh ini dengan segala isu yang dihadapi dan berada di kedudukan kukuh ketika ini, saya fikir pemain-pemain ini layak mendapat pujian saya dan pengiktirafan semua orang."

Topik Berkaitan

Must Watch Video