Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Meriah malam minggu, Man United menang ke atas City! Carrick lulus ujian besar

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

Carrick

Manchester United meraih kemenangan berharga apabila mudah menewaskan musuh tradisi, Manchester City, di Old Trafford, sebentar tadi.

Untuk rekod, kali terakhir The Red Devils mencatatkan kemenangan ke atas skuad kendalian Pep Guardialo ialah pada 15 Disember 2024 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Advertisement

Michael Carrick melepasi ujian pertama selaku pengendali sementara United usai pemecatan Ruben Amorim baru-baru ini tatkala merekodkan 10 percubaan walaupun menguasai permainan kurang daripada 40 peratus (%).

Satu serangan pantas berjaya dihasilkan, sekali gus menyaksikan Bryan Mbeumo berjaya menewaskan penjaga gol pihak lawan, Gianluigi Donnarumma, untuk mendahului 1-0 pada minit ke-65.

Satu hantaran lintang oleh Matheus Cunha berhasil menemui Patrick Dorgu untuk menembusi gol buat kali kedua, dan menggamatkan suasana Old Trafford pada hujung minggu waktu tempatan.

Dengan tiga mata penuh itu, Manchester United kini berada di tempat keempat carta liga sambil berkongsi mata dengan Liverpool. 
 

Must Watch Video