Manchester United kembali ke landasan kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Newcastle United 1-0 pada hari Boxing Day awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan mereka meneruskan nyalaan peluang untuk ke saingan Eropah musim depan.
Advertisement
Pasukan bimbingan Ruben Amorim itu kehilangan ramai tonggak utama gara-gara masalah kecederaan dan penyertaan pemain dalam Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) sehingga memaksa beberapa perubahan posisi seperti Luke Shaw bermain di sayap kiri, Patrick Dorgu di sayap kanan dan Diogo Dalot di bek kanan.
Di sebalik kesukaran itu dan masih terkesan dengan kekalahan 1-2 di laman Aston Villa minggu lalu, United masih mampu mendapatkan tiga mata apabila Dorgu melakukan penyudah voli rendah pada pertengahan babak pertama.
Sebagai rekod, ia merupakan kemenangan pertama United di laman sendiri dalam tempoh dua bulan ini selepas kali terakhir melakukannya sewaktu menewaskan Brighton 4-2 pada 26 Oktober lalu.